Yuran KELAS MASAKAN Chef Obie Mahal level Kayangan ?
Yuran KELAS MASAKAN Chef Obie Mahal level Kayangan ? Assalammualaikum & Salam sejahtera, sukacita chef ingin berkongsi dan berlapang dada mengenai isu diatas ini. Terlalu mahal kah yuran kelas-kleas masakan perniagaan yang chef obie kendalikan sejak tahun 2012 hingga hari ini ? Mengapa tidak semurah yuran mereka yang buat kelas ramai-ramai tu ? Chef tidak ingin samakan kelas anjuran chef dengan mereka yang pastinya jauh berbeza matlamat dan intipati serta bukti-bukti kejayaan pelajar yang hadir selepas mengikuti kelas-kelas kendalian Chef Obie . Impikan Perniagaan Makanan yang Berjaya? Langkah Pertama Bermula Di Sini! Buat anda di luar sana yang berhasrat mahu memulakan atau memantapkan bisnes kulinari, menyertai Kelas Masakan Perniagaan Chef Obie pasti akan menjadi satu keputusan yang amat berbaloi. Sejak tahun 2012 lagi, Chef Obie telah membantu ramai peniaga dan usahawan mencapai kejayaan dalam bidang ini dengan kadar yuran yang sangat berpatutan. Ada yang tertanya-tany...