RESEPI DODOL TRADISIONAL 100KG CHEF OBIE BERI KREDIT MOHD KHAIRI
RESEPI DODOL TRADISIONAL 100KG Bahan 50 kilogram gula melaka 27.5 kilogram tepung pulut 50 kilogram santan kelapa segar 4 genggam garam 4 gayung air Yang di atas ni adalah kandungan bahan dalam sebuah kawah dodol yang boleh menghasilkan sebanyak 100 kg dodol masak. Nisbah dodol| 1 kg tepung pulut : 2 kg santan kelapa : 2 kg gula melaka Senarai bahan yang di atas boleh menghasikan lebih 100 kilogram (1 kawah). Cara-cara nak buat dodol 1) Tuangkan air sebanyak 4 gayung ke dalam kawah beserta dengan gula melaka yang 50 kilogram tadi. Biarkan gula tadi mencair dan pekat. 2) Sambil menunggu gula tadi mencair dan pekat, bancuhkan tepung pulut beserta dengan santan kelapa. 3) Setelah gula tadi pekat, masukkan bancuhan tersebut dan kacau sehingga adunan dodol tadi menjadi semakin berat. 4) Tunggu sampai dodol masak (ikut citarasa sendiri) dan sedia untuk dibungkus. Gula melaka yang bapak aku guna sebenarnya bukan gula melaka yang betul-betul dari Melaka tapi dripada Sungai Balang, Muar....