Nasi Arab Viral 2025: NASI MAQLUBAH SYRIA

Nasi Arab Viral 2025: NASI MAQLUBAH SYRIA Assalamualaikum wbt, Dengan penuh rasa teruja, Chef Obie & Team ingin berkongsi satu lagi ilmu masakan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia – Nasi Maqlubah Syria . Sejak beberapa tahun sebelum era pandemik, rakyat Malaysia mula menunjukkan minat terhadap pelbagai hidangan antarabangsa seperti masakan dari Indonesia, Thailand, Korea, Jepun, negara-negara Timur Tengah, serta makanan Barat. Satu perkembangan yang sangat positif kerana ia mencerminkan keterbukaan selera masyarakat kita terhadap rasa-rasa global. Bagi peminat makanan berasaskan nasi, tidak dapat dinafikan bahawa hidangan dari Timur Tengah seperti Nasi Mandy dan Nasi Khabsa sudah menjadi kegemaran ramai. Menariknya, pada tahun 2025 ini, satu lagi variasi nasi Arab mula mencuri perhatian – Nasi Maqlubah Syria . Apa Itu Nasi Maqlubah? Nasi Maqlubah merupakan hidangan tradisional yang berasal dari wilayah Palestin dan Syria. Ia adalah nasi yan...