Posts

Showing posts from March, 2023

CARA BUAT CANDY KELAPA CHEF OBIE 3 hari 300 000 capaian di fb page Bazaar Chef Obie✔️

Image
  Chef Obie nak kongsikan sesuatu bermanfaat ulangan telah kongsikan dlm blog. CARA BUAT CANDY KELAPA CHEF OBIE 3 hari 300 000 capaian di fb page Bazaar Chef Obie Bahan-bahan 2 biji kelapa parut kelapa muda lagi baik 2 tin susu pekat ( tak kisah jenama apa pun ) 380gm gula pasir 3 sudu besar margarine atau mentega ( orang dulu tak guna mentega ) pewarna makanan pilihan korang sendiri 3 helai daun pandan dicarik dan dsimpul Peralatan kuali atau Periuk , juga loyang Cara Penyediaan : 1-Sangai sebentar kelapa dalam kuali kiranya menggoreng tanpa minyak ( hingga hampir kering, jangan sampai kering karang jadi kerisik pulak ) 2- kemudian,Pindahkan kedalam periuk yang lebih besar dan tebal 3-Campur semua bahan yang lain dan masak perlu kacau sentiasa atas api yang perlahan (pastikan jangan sampai ada yang hangit ) 4-Apabila gula telah cair dan menggelegak ( korang perlu berhati-hati part ni,sebab air gula yang panas ini percik tau..) 5-Kacau adunan sehingga adunan tidak melekat pada periuk

Buffet Ramadhan Halal 2023 Kuala Lumpur Melia Hotel - The Kitchen@melia jln imbi bukit bintang KL- Chef Obie

Image
  Buffet Ramadhan Halal 2023 Kuala Lumpur Melia Hotel - The Kitchen@melia jln imbi bukit bintang KL- Chef Obie Assalammualaikum Salam Ramadhan musliin muslimat . Dalam bersederhana beriftar di masjid mahupun dirumah di awal Ramadhan sesuatu yg sungguh bahagia dan penuh tenang hati ini , Chef Obie tetap penuhi jemputan buffet Ramadhan yg hadir Alhamdulillah..Jarang berlaku lupa ambil pic , kali ni chef rekod mana yg sempat sewaktu berbuka di Melia Hotel - The Kitchen, jadi gambar makanan kurang semua dlm bentuk video selain chef enjoy makan kali ini,mungkin penyebab terlupa aktiviti ambil gambar makanan...Al maklum semalam kan chef terlepas sahur..Apa jua chef akan sharing aktiviti berbuka puasa ini dlm youtube sebagai memory ramadhan tahun ini. Minggu-minggu beriftar diluar sudah bermula utk Chef Obie , tapi tetap utamakan niat di bulan penuh keberkatan ini. InshaAllah semoga kite semua diberi peluang menjalani ibadah-ibadah yg lain juga dgn sebaik atau semampunya InshaAllah. Kepada

Pilihan Biskut Raya 2023 : RESEPI BISKUT MAZOLA Chef Obie

Image
  Pilihan Biskut Raya 2023 RESEPI BISKUT MAZOLA Chef Obie® Bahan 500 gram kacang tanah 480 gram tepung gandum 20 gram Tepung jagung 380ml minyak jagung ( guna jenama Mazola kalu nak try jenama lain pun boleh , tapi dah tak boleh guna nama biskut mazola..kena tukar nama lain ) 280 gram gula castor 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil garam 1 biji kuning telur dicampur dengan pewarna kuning + minyak masak 2 sudu makan ( untuk di gliss ). Cara Penyediaannya : 1. Kacang tanah ( goreng tanpa minyak- disangai) , blender hingga hancur. 2. satukan gula castor, kacang tanah, baking powder dan tepung gandum, kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit, gaul sebati. pastikan adunan boleh dikepal. 3. Bentukkan bulat-bulat kecil dan tekan permukaan biskut ini dengan jari, ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis, akhir sekali gliss dengan kuning telur dan lekatkan dengan kacang tanah sebagai hiasan, Bakar pada suhu 160 - 170 darjah selama 25minit atau sehingga permukaan biskut pe